Laporan: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/16433/ Menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), The Malaysian Insight menerbitkan siri laporan mengupas kerusi-kerusi marginal. Dalam bahagian pertama fokus kerusi Parlimen Bera, kami mengupas bagaimana peneroka Felda menjadi kelompok penting di kawasan Pahang Tengah ini. ROHANA Mohd Isa, seorang ibu tunggal, tinggal di sebuah rumah kayu yang sudah bergoyang jauh di pedalaman Felda Mayam. Setiap hari dia berdoa agar lantai rumahnya tidak roboh bersama dia dan empat anaknya. Pendapatannya tidak sampai RM1,000 sebulan daripada pegangan kelapa sawit arwah suaminya. Makanya, dia memohon bantuan Felda untuk mendirikan sebuah rumah baru daripada konkrit sebelum rumahnya sekarang menyembam bumi. Tetapi pihak pengurusan Felda hanya boleh membangunkan setengah rumah itu. Apabila dia bertanya kepada mereka bagaimana tentang baki yang setengah lagi, kata mereka, semua bantuan untuk keluarga di penempatannya sudah dibekukan.
FELDA New Zealand atau Kampung New Zealand merupakan sebuah petempatan FELDA di Pahang , Malaysia . FELDA ini dinamakan bersempena negara New Zealand dan terletak 10 km dari bandar Maran . Asal usul nama FELDA New Zealand Mengikut cerita lisan orang-orang Maran dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand . Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur . Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. Namun begitu, satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Walaubagaimanapun kenyataan kedua ini tidak dapat ditentu sahihkan dengan tepat, kerana tidak wujud sebarang catatan mengenai pendudukan besar-besaran pend