Langkau ke kandungan utama

Felda Air Tawar 1 | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia



Felda Air Tawar 1 adalah rancangan sawit yang pertama dibangunkan diantara 5 rancangan dalam gugusan Air Tawar. Nama Air Tawar diambil dari nama kawasan tadahan air tawar di Sungai Seluyut. Sempena dengan itu rancangan ini telah dinamakan Felda Air Tawar 1.
Felda Air Tawar 1 mulak diterokai pada awal tahun 1969 dan mula menerima para peneroka mulai tahun 1970 sehingga 1972. Jumlah rumah peneroka yang dibina sebanyak 670 buah. Keluasan tanah, tanaman kelapa sawit 2535.49 hektar. Keluasan perkampungan 138.80 hektar. Jumlah keseluruhan penduduk di Felda Air Tawar 1 ialah seramai 4,200 orang. Penduduknya terdiri dari bangsa Melayu dan beragama Islam.
Punca pendapatan penduduknya, dari hasil ladang kelapa sawit, kilang dan juga berniaga. Felda Air Tawar 1 terletak dalam mukim Johor Lama, di daerah Kota TinggiJohor. Jarak ke bandar Kota Tinggi lebih kurang 25 km. Jarak ke Balai Polis Air Tawar 2 lebih kurang 6 km. Sempadan Utara Felda Air Tawar 1 ialah Felda Air Tawar 2, dibahagian Barat pula bersempadan dengan Ladang Nanyo, arah Selatan bersempadan dengan Teluk Sengat dan disebelah Timur pula bersempadan dengan Felda Air Tawar 4 & Lok Heng.
Felda Air Tawar 1 ini termasuk didalam kawaasan pentadbiran FELDA wilayah Johor Bahru. Persempadan kawasan pilihan raya meletakan Felda Air Tawar 1 didalam kawasan undangan negeri N29 iaitu Dun Johor Lama yang kini diwakili Yang Berhormat Puan Asiah Binti Md Arif. Manakala kawasan parlimennya ialah P139 iaitu parlimen Panti yang diwakili oleh yang Berhormat Dato Seri Syed Hamid Bin Dato Syed Jaffar Albar. Terdapat dua parti Politik yang aktif di kawasan ini iaitu Parti UMNO dan Parti Pas.

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600...

Felda Teloi Kanan Kedah

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak. Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Su...

Felda Lubuk Merbau

Felda Lubok Merbau  adalah kawasan penanaman  getah  dan  kelapa sawit  yang terletak di  Kuala Nerang ,  Padang Terap ,  Kedah ,  Malaysia .  Merbau  ialah nama sejenis pokok liar yang banyak di kawasan ini terutama di sekitar  Sungai Muda . kampung ini telah ditadbir oleh pegawai  Felda . kampung ini dilengkapi dengan kemudahan dewan futsal, dewan badminton, masjid, dewan orang ramai, sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara kawasan berhampiran ialah Kampung nami, kampung danglau, Kampung Sungai Bakap, Kampung Jurong dan Kampung Baru Nami.Jarak kampung ini dengan pekan pendang adalah selama 30 minit perjalanan. Kawasan ini dahulu merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian  komunis   PKM . Pada 1964,  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  ( FELDA ) menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dan tidak bertanah di kawasan pendalaman. Pada 1968, seramai 178...