Langkau ke kandungan utama

Felda Kemasul | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia



Felda Kemasul ialah salah satu tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terletak di daerah BentongPahang Darul Makmur. FELDA Kemasul terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam parlimen Bentong dan berada kira-kira 65 km dari Bandar Bentong.
Bagi pengunjung yang datang dari bandar Bentong, mereka perlu melalui jalan mancis-kuala pilah dan akan menemui satu simpang masuk yang mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Manakala bagi mereka yang datang dari arah Temerloh, bolehlah melalui jalan Temerloh-Triang dengan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke sini.
FELDA Kemasul terkenal sebagai salah satu kawasan yang banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, langsat dan durian di daerah Bentong. Biarpun berada di daerah Bentong, penduduk di sini lebih gemar berkunjung ke Bandar Triang yang terletak kira-kira 40 km dari sini.

Sejarah

Nama Kemasul ada yang mengatakan diambil daripada nama hutan simpan yang terletak berdekatan Felda ini (Hutan Simpan Kemasul), ada juga pendapat yang mengatakan ia diambil daripada nama sebatang sungai yang terdapat dalam kawasan ladang Felda ini (Sungai Kemasul). Selain dari itu ada pendapat yang mengatakan diambil dari nama Sultan Mansur Syah kononnya hutan ini dahulukalanya pernah dilalui oleh baginda. Manakala pendapat yang terakhir ialah dari sejenis buah kedondong yang bnyak terdapat dalam hutan di malaysia dan sekitar asean iaitu pokok Kedondong Kemasul.

Populasi

Dianggarkan kira-kira 430 buah rumah peneroka dibina di FELDA Kemasul. Hampir keseluruhan penduduk di sini berbangsa Melayu. Terdapat hanya 2 keluarga India yang menetap di sini. Kebanyakan penduduk di sini berasal dari Selangor (Suku Jawa & Banjar), Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Ada juga penduduk FELDA Kemasul merupakan anak jati Pahang yang menetap di sini. Penempatan di FELDA Kemasul terbahagi kepada empat peringkat. Setiap peringkat terbahagi kepada beberapa blok yang berbeza. Setiap peringkat menunjukkan jangka masa peneroka menetap di sini. Sebagai contoh, peringkat pertama terdiri dari kalangan peneroka yang mula-mula menetap di sini.

Hubungan sekitar

Kedudukan FELDA Kemasul terletak berhampiran dengan beberapa buah tanah rancangan yang turut terdapat di di sini. Antara tanah rancangan yang terdapat di sekitar FELDA Kemasul ialah FELDA Chemomoi, Felda sungai kemahal, kampung cemomoi, Felda bukit puchong dan FELDA Bukit Mendi.
Hubungan silaturahim penduduk FELDA Kemasul dengan beberapa buah tanah rancangan di kawasan sekitar amat erat. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai aktiviti yang sering dilakukan secara bersama. Sebagai contoh, jika ada majlis kenduri-kendara di sini, penduduk di kawasan berhampiran akan turut diundang untuk bergotong-royong dan sama-sama memeriahkan majlis.
Ada juga program-program khas yang dianjurkan untuk memantapkan lagi hubungan di antara penduduk di sini. Antaranya ialah sukan komuniti, program mesra rakyat dan juga majlis Hari Raya.
Dari segi pendidikan pula, terdapat Tadika Kemas Felda Kemasul,Sekolah Kebangsaan (Felda) Kemasul, Sekolah Agama Rakyat Felda Kemasul, dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kemasul

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600 14. Felda Ma

Felda Teloi Kanan Kedah

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak. Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Su

Logo Felda dari awal penubuhan sehingga sekarang | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Logo Felda dari tahun 1956 hingga 2017