Langkau ke kandungan utama

Felda Kumai | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

FELDA Kumai ialah salah satu tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang terletak di Daerah BeraPahang Darul Makmur. FELDA Kumai terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai dan berada kira-kira 25 km dari Bandar Baru Bera.
Bagi pengunjung yang datang dari Bandar Temerloh, mereka perlu melalui jalan Temerloh-Triang dan akan menemui satu simpang masuk di Bandar Baru Bera yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dengan menaiki kereta.

Sejarah

Felda Kumai mula diteroka seawal tahun 1979 dan mula diduduki sejumlah 450 buah keluarga dari seluruh Malaysia semenjak tahun 1980.[1]
Nama Kumai ada yang mengatakan diambil daripada sejenis nama kayu balak dan ada juga yang mengaitkan dengan seekor gajah bernama Kumaini.[perlu rujukan]

Tempat menarik

FELDA Kumai mempunyai satu tempat pelancongan iaitu Air Terjun Bukit Bertangga, di Hutan Lipur Bukit Bertangga. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan 20 meter. Kemudahan yang disediakan adalah seperti jalan masuk, pondok rehat, tong sampah, jambatan kayu dan tapak perkhemahan. Beberapa aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah dan berkhemah.
Felda Kumai juga berdekatan dengan Tasik Bera, tasik semula jadi terbesar di Malaysia. Tasik Bera telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar yang pertama di Malaysia. Tasik Bera sangat dikenali di kalangan kaki pancing seluruh Malaysia kerana terdapat lebih 100 jenis spesies ikan di sini.[1]

Populasi

Dianggarkan kira-kira 530 buah rumah peneroka yang dibina di FELDA Kumai. Hampir keseluruhan penduduk di sini berbangsa Melayu. Kebanyakan penduduk di sini berasal dari negeri Pahang sendiri, namun ada juga dari Selangor (Jawa dan Banjar), Perak, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Penempatan di FELDA Kumai terbahagi kepada tiga peringkat. Setiap peringkat terbahagi kepada beberapa blok yang berbeza. Setiap peringkat menunjukkan jangka masa peneroka menetap di sini. Sebagai contoh, peringkat pertama terdiri dari kalangan peneroka yang mula-mula menetap di sini.

Aktiviti utama

Felda Kumai merupakan salah satu Felda dengan tanaman kelapa sawit. Ladang peneroka Felda di sini diusahakan sendiri oleh peneroka dan generasi kedua Felda dan ada juga yang menyerahkan kepada pengurusan Felda Plantation.
Antara aktiviti utama yang lain ialah penternakan lembu pedaging, pertanian dan industri kecil-kecilan.[1]

Hubungan sekitar

Kedudukan FELDA Kumai terletak berhampiran dengan beberapa buah tanah rancangan yang turut terdapat di di sini. Antara tanah rancangan yang terdapat di sekitar FELDA Kumai ialah Felda Sebertak, FELDA Mayam, Felda Bukit Kepayang, Felda Rentam, Felda Tementi, Felda Purun dan Felda Triang 3.
Hubungan silaturahim penduduk FELDA Kumai dengan beberapa buah tanah rancangan di kawasan sekitar amat erat. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pelbagai aktiviti yang sering dilakukan secara bersama. Sebagai contoh, jika ada majlis kenduri-kendera di sini, penduduk di kawasan berhampiran akan turut diundang untuk bergotog-royong dan sama-sama memeriahkan majlis.
Ada juga program-program khas yang dianjurkan untuk memantapkan lagi hubungan di antara penduduk di sini. Antaranya ialah Sukan Komuniti, Program Mesra Rakyat dan juga Majlis Hari Raya.

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600 14. Felda Ma

Felda Teloi Kanan Kedah

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak. Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Su

Logo Felda dari awal penubuhan sehingga sekarang | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Logo Felda dari tahun 1956 hingga 2017