Langkau ke kandungan utama

Felda Teloi Kanan Kedah




Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak.Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Sungai Petani).Kedudukan bersebelahan dengan sungai muda salah sebatang sungai yang luas dan terpanjang di Negeri Kedah.Pekan yang Terdekat ketika itu ialah Kuala Ketil.Kedudukan Felda Teloi Kanan yang juga berjiran dgn daerah Sik juga telah kerap kali bertukar pentadbiran daerah diantara Daerah Sik dan Baling.Penempatan pertama telah di tempatkan pada tahun 1965 kemudian di susuli pula peringkat kedua pada tahun 1969 dan yang penemptan terakhir pada tahun 1982.Pada awal penempatan kemudahan asas adalah bekalan air,sekolah,sebuah masjid,balai raya,sebuah klinik.sebuah Pondok Polis.sebuah sekolah kebangsaan teloi kanan.Oleh kerana kedudukan sekolah Menengah yang terdekat iaitu Kuala Ketil sejauh 12 batu serta jalan yang tidak berturap.Maka kerajaan melalui Felda telah menyediakan sebuah lagi sekolah menengah pada tahun 1974.pentadbiran Rancangan menyusun segala pentadbiran di dalam rancangan dengan bantuan para peneroka yang terlibat.Sebuah pesatuan yang dinamakan JKKR.Dibawah JKKR terdapat beberapa biro diantaranya ialah Biro Ekonomi.Biro pelajaran.Biro sukan dan kebudayaan.Biro Ladang.Pentadbir juga telah menubuhkan sebuah koperasi bagi rancangan setempat.dan di bawahnya di tubuhkan jawatan kuasa pusat pengumpulan getah dengan nama singkatnya ial PMG.Pada masa itu semua biro biro ini memaikan peranan masing masing seiring dengan kehendak pentadbiran Felda.Masih saya ingat pada sekitar tahun 1970 an.Permentasan bergerak felda adalah sebuah kumpulan yang bergerak dari satu tempat kesatu tempat di setiap rancangan felda pada setiap bulan.kumpulan ini adalah sebahagian aktivitisosial untuk menghiburkan masyarakat peneroka serta menyampaikan hasrat kerajaan kepada masyarakat felda.Ini lah sebahagian aktiviti yang menyeronokkan kami di penempatan ini.Khursusnya felda teloi Kanan.artis artis yang saya masih ingat sehingga kini dan ada diantara nya yang telah meninggal dunia.seperti Allahyarham Ahmad B.Allahyarham Mahmud June,Allahyarhamah Minah Ketod.Allahyarham saadiah.sehingga sekarang yang masih saya ingat dan masih hidup yang pada masa muda mempunyai suara lunak dan merdu Raisudin Hamzah.Ar Badul.allahyarham jaafar dan ada lagi nama yang saya sudah lupa.Penempatn pada masa itu telah juga memberikan kemudahan kredit(hutang)di kedai rancangan Felda yang dimiliki oleh bahagian kedai kedai felda.Kemudahan kredit ini di berikan sebanyak rm 69.00 pada setiap bulan.Maka pada setiap awal bulan berpusu pusu peneroka datang awal pagi meletakkan no giliran untuk mendapatka barang keperluan seisi keluarga.ada yang datang seawal 5 pagi meletakkan angka giliran.Aktiviti sukan pada masa itu amat seronok.ini kerana masih terdapat anak anak peneroka yang masih tinggal dan menetap bersama ibu bapa.oleh yang demikian masyarakat belia setempat cukup untuk mengadakan sebarang aktiviti.Terdapat banyak belia dan belia wanis yang sama sama terlibat dalam setiap aktiviti.Aktiviti peneroka tidak hanya terlibat si kawasan ladang pada masa itu.Mereka juga di tugaskan membersihkan kawasan rancangan felda.tapak perkuburan.kawasan awam seperti tempat permainan.Pada tahun 1971.Peneroka telah mula bekerja di kebun masing masing.Menjaga ladang ladang yang pada masa itu hanya seluas 6 ekar sahaja.Kemudian felda telah menambah jumlah pemilikan kepada 8 ekar keseluruhan setiap orang.Tanaman yang di tanam ialah getah.Pengangkutan pada masa itu ialah basikal shj.Oleh kerana pada masa itu harga getah yang murah serta peneroka kebanyakan adalah di bawah tahap kemiskinan ,kebanyakan peneroka tidak mampu untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik dari basikal . setiap pagi ada yang terpaksa berbasikal sejauh 3 batu.Namun kerana jalan yang kurang baik serta jalan yang berbukit ada kalanya terpaksa menyurug basikal . Cuba saudara bayangkan bagai mana basikal itu terdapat muatan susu getah . Allah hukakbar .Bertapa azab dan letih bapa kami pada ketika itu.Namun masyarakat ketika itu cukup harmoni . Meski pun penat bekerja padawaktu siang hari . Keadaan ini telah jauh berbeza setelah 40 tahun masa berlaluKebanyakan bapa bapa kami telah kembali kepangkuan ilahi.Cuma yang sudahboleh dibilang dengan jari.Umur mereka sekarang dalam persekitan 80an.bayangkan masa terlalu cepat pergi meninggalkan kita dan kini generasi peganti yangtelah mewarisi peningalan bapa bapa mereka.Kenangan ini tidak pernah di coretuntuk di tatap pada generasi yang akan datang.Titisan peluh membagun bersama felda dan kerajaan tidak pernah di bukukan.Perjalan dari Teloi Kananke Kuala Ketil sekarang cuma memakan masa 15 minit memandu berbanding masa dahulu 30 minit dan 1 jam.Sekarang pekan yang paling dekat ialah Bukit selambau yang terletak dalam kawasan kuala Muda.Perjalanan ke bandar Sungai Petani cuma mengambil masa 25 minit.Kebanyakkan sekarang setiap rumah boleh dikatakan memiliki sebuah kereta setiap rumah.Pencapaian dari segi akedemik dari sekolah Kebangsaan Teloi Kanan adalah pada sekal sederhana pada aslnya.namun sejak kebelakangn ini.Sekolah Menengah Teloi Kanan adalah cukup membaggakan juga.Penempatan sebuah lagi Rancangan Felda,Yaitu Felda teloi Timur telah meransang sedikit pertumbuhan.Terutama penambahan pelajar di sekolah Menengah Teloi Kanan.Pelajar dari rancangan felda Teloi Kana agak berkurangan Ini kerana generasi kedua kebanyakan sudah melebih umur menengah.Jika terdpat pun cuma cucu peneroka sahaja pada dasarnya.alhamdulillah syukur kami kepada tuhan keranatelah memberikan buah fikiran kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak ketika itu.dari pemikiran dan pengorbanan beliau maka terujud setiap negeri sehingga kini beratus Rancangan Felda di seluruh negara kecuali Wilayah persekutuan,Pulau Pinang.Kami amat berbesar hati pada beliau dan kerajaan di waktu itu.Kerana mu Felda kami anak bangsa ada tempat berteduh.Menitis air mata mengingati nostalgia Felda.semoga di cucuhi rahmat keatas roh beliau Allahyarham Tun Hj Abdul Razak.Akan ku kenang sehingga akhir kalam bagaimana api pelita yang menyala dimalam hari ketika ku mentelaah pelajaran.Meski pun aku tidak berapa berjaya,namun aku tahu asal usul ku.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600 14. Felda Ma

Logo Felda dari awal penubuhan sehingga sekarang | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Logo Felda dari tahun 1956 hingga 2017