Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Dalam marah Felda di Bera, ada sinar untuk Harapan

Laporan:  https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/16433/ Menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), The Malaysian Insight menerbitkan siri laporan mengupas kerusi-kerusi marginal. Dalam bahagian pertama fokus kerusi Parlimen Bera, kami mengupas bagaimana peneroka Felda menjadi kelompok penting di kawasan Pahang Tengah ini. ROHANA Mohd Isa, seorang ibu tunggal, tinggal di sebuah rumah kayu yang sudah bergoyang jauh di pedalaman Felda Mayam. Setiap hari dia berdoa agar lantai rumahnya tidak roboh bersama dia dan empat anaknya. Pendapatannya tidak sampai RM1,000 sebulan daripada pegangan kelapa sawit arwah suaminya. Makanya, dia memohon bantuan Felda untuk mendirikan sebuah rumah baru daripada konkrit sebelum rumahnya sekarang menyembam bumi. Tetapi pihak pengurusan Felda hanya boleh membangunkan setengah rumah itu. Apabila dia bertanya kepada mereka bagaimana tentang baki yang setengah lagi, kata mereka, semua bantuan untuk keluarga di penempatannya sudah dibekukan.

Felda New Zealand | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

FELDA New Zealand  atau  Kampung New Zealand  merupakan sebuah petempatan FELDA di  Pahang ,  Malaysia .  FELDA  ini dinamakan bersempena negara  New Zealand  dan terletak 10 km dari bandar  Maran . Asal usul nama FELDA New Zealand Mengikut cerita lisan orang-orang  Maran  dan peneroka kampung New Zealand sendiri, perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan  New Zealand . Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di  Kuala Lumpur . Lebih dari itu, juruukur terawal bagi pelan pembukaan tanah Felda juga berasal dari New Zealand. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand. Namun begitu, satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli  Maori  yang berasal dari New Zealand. Walaubagaimanapun kenyataan kedua ini tidak dapat ditentu sahihkan dengan tepat, kerana tidak wujud sebarang catatan mengenai pendudukan besar-besaran pend

Logo Felda dari awal penubuhan sehingga sekarang | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Logo Felda dari tahun 1956 hingga 2017

Felda Sungai Tengi Selatan |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan Felda. Terletak di Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penduduknya lebih kurang 1000 orang, di mana terdapat 3 buah kampung iaitu Kampong Suria, Kampong Fajar dan Kampong Tasik Hijau (Kilang Sawit). Luas keseluruhan 4,416 ekar. Majoriti ladang adalah tanaman kelapa sawit. Sesiapa yang hendak berkunjung ke Felda Sungai Tengi Selatan, hendaklah melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Dan sekiranya melalui Tanjong Malim jarak jauhnya lebih kurang 48km. Sementara jika dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jauh lebih kurang 27km. Di Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai tempat-tempat menarik seperti Projek Rock Melon yang bernilai 6.5 juta yang dibangunkan oleh Felda untuk dikontrakfarmingkan kepada pengusaha khususnya Peneroka Felda. Mula beroperasi setahun lalu dan telah mengeluarkan beribu metrik tan. Selain daripada itu, terdapat Ladang Buah-Buahan yang di

Felda Gunung Besout 4 |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Gunung Besout 4  merupakan sebuah FELDA yang terletak di  Sungkai ,  Perak Darul Ridzuan . Persekitaran kampung yang aman dan damai menjadi tempat yang sesuai untuk anak-anak peneroka membesar. Ramai anak-anak peneroka di Felda ini berjaya dalam setiap bidang. Kemudahan internet seperti P1 Wimax dan Celcom 3G membolehkan penduduk felda ini melayari internet dan mengetahui berita serta info semasa yang berlaku di dalam dunia ini. Juga terdapat group facebook anak felda gunung besaout 4 dimana mereka boleh bertukar tukar pendapat serta maklumat. Kecanggihan teknologi yang ada di dalam Felda ini juga menyebabkan sesetengah peneroka di dalam Felda ini lebih selesa dengan melakukan pembelian barangan secara talian. Mungkin, pada suatu hari nanti mereka akan turut membeli barangan runcit seperti bawang, cili serta banyak lagi melalui talian. Kemudahan tempat rekreasi seperti dewan awam yang juga boleh digunakan untuk permainan badminton serta gelanggang futsal mem

Felda Bukit Ramun |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Bukit Ramun  merupakan sebuah kampung terletak di daerah  Kota Tinggi ,  Johor ,  Malaysia . [1] . Ia terletak di dalam kawasan  Gugusan Taib Andak . Walaupun sesetengah tempat beralamatkan  Kulai , namun ia masih dibawah pentadbiran daerah  Kota Tinggi  dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen  Tenggara  dan dun Pasir Raja. Keunikan Apa yang membuatkan Felda Bukit Ramun ini memberikan keunikan adalah dari segi poskod surat menyuratnya. Di mana sesetengah pihak menggunakan poskod untuk Bandar Tenggara, daerah Kulai dan daerah Kota Tinggi iaitu: 81000 untuk daerah Kulai, 81450 untuk Gugusan Taib Andak 81390 untuk daerah Kota Tinggi.

Felda Perasu | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Perasu terletak dalam Jajahan Gua Musang. Felda Perasu termasuk dalam mukim/gagasan Chiku tetapi jauh di pedalaman, kira-kira 12KM dari jalan Kuala Krai-Gua Musang. Sebagai sebuah tanah rancangan Felda, Felda Perasu juga tidak kalah dari segi pembangunan. Perkampungan Felda Perasu di kelilingi oleh gua batu kapur dan bukit bukau yang menjadikan perkampungan ini sangat indah dan mendamaikan. Di sini juga terdapat sebuah sungai yang mempunyai jeram yang cantik yang dikenali sebagai Lata Kicap.

Felda Tementi | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Tementi  adalah satu penempatan yang disediakan oleh  Kerajaan Malaysia  menerusi  Felda  dimana diwujudkan bagi membantu ekonomi rakyat Malaysia khususnya diluar bandar sejak awal era 60an lagi. Felda Tementi terletak di daerah  Bera , negeri  Pahang  Darul Makmur,  Malaysia . Felda Tementi dinamakan sempena nama sepohon pokok balak. Kini Felda Tementi dikemudi oleh ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) yang dipengerusikan oleh En. Ahmad bin Wok. Dalam daerah Bera, Tementi adalah penempatan yang telah diwujudkan oleh  Felda .

Felda Bukit Besar | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Bukit Besar  merupakan sebuah kampung terletak di daerah  Kota Tinggi ,  Johor ,  Malaysia . Terletak di dalam gugusan Felda Taib Andak, ia di kelilingi oleh beberapa perkampungan felda yang lain seperti  Felda Pasir Raja ,  Felda Sungai Sayong  dan  Felda Bukit Ramun . Ia terletak di dalam kawasan  Gugusan Taib Andak . Walaupun sesetengah tempat beralamatkan  Kulai , namun ia masih dibawah pentadbiran daerah  Kota Tinggi  dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen  Tenggara  dan dun Pasir Raja. Kampung/Kawasan Sekitar Felda Bukit Besar terletak dalam Daerah Kota Tinggi dan berada lebih kurang 23 kilometer dari selatan bandar Kulai dan 60 kilometer dari ibu negeri  Johor Bahru . Felda Bukit Besar juga termasuk di bawah kawasan Parlimen Tenggara dan kawasan Dewan Undangan Pasir Raja. Sejarah Daerah & Mukim - Sejarah Am Daerah Kota Tinggi Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Mal

Felda Padang Piol | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Perkampungan  Felda Padang Piol  yang terletak dalam daerah  Jerantut ,  Pahang  (DUN Tahan N09 dan Parlimen Jerantut ,P081). Bilangan peneroka di Felda ini ialah seramai 673 orang. Ini merangkumi peneroka generasi pertama dan peneroka generasi kedua. Generasi kedua ialah pewaris kepada peneroka generasi kedua yang telah meninggal dunia. Majoriti peneroka kawasan ini adalah Melayu iaitu seramai 660 orang yang mewakili 98.06% dan selebihnya ialah kaum India iaitu 13 orang atau 1.93% sahaja. Apa yang uniknya di kawasan Felda ini penerokanya terdiri dari peneroka yang berasal dari semua negeri Malaysia kecuali  Sabah  dan  Sarawak

Kenyataan Akhbar YB Pengerusi FELDA - Pembayaran Insentif Khas Peneroka FELDA RM 5,000

Kenyataan Akhbar YB Pengerusi FELDA - Pembayaran Insentif Khas Peneroka FELDA RM 5,000. KUALA LUMPUR — Rabu, 20 September 2017: FELDA ingin membuat penjelasan berhubung satu laporan portal The Malaysian Insight yang menemu bual anak peneroka di Felda Jengka 10 dan peneroka Felda Jengka 12 yang mendakwa bahawa FELDA masih tidak membayar insentif seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai 2017. Pada hakikatnya, di Felda Wilayah Jengka sahaja, seramai 8,750 orang peneroka atau 83% telah menerima bayaran insentif RM5,000 tersebut setakat 19 September 2017. Bagi Felda Jengka 10, 355 daripada 370 peneroka yang layak penuh telah pun menerima bayaran manakala bagi Jengka 12 pula seramai 274 daripada 342 yang layak penuh telah menerima bayaran insentif tersebut. Peneroka yang layak penuh atau peneroka yang bersama FELDA adalah peneroka yang kebunnya diuruskan sepenuhnya oleh FELDA dan juga peneroka yang menghantar hasil berterusan ke FELDA (bagi tempoh Januari

Felda Pemanis 01 | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Pemanis 01  merupakan sebuah petempatan  FELDA  di  Segamat ,  Johor . Ia dihubungkan ke bandar Segamat melalui  Lebuhraya Tun Razak . Mula dibuka pada tahun 1977, ia dihuni oleh kira-kira 1000 keluarga peneroka. Sebelum ini, hasil  getah  adalah punca pendapatan utama penduduk sebelum ini. Kini tanaman  kelapa sawit  akan dijadikan tanaman utama bagi menggantikan pokok getah. Untuk menampung pertambahan bilangan peneroka, sambungannya iaitu  Felda Pemanis 02  diwujudkan. Terdapat sebuah sekolah menengah, dua (2) buah sekolah rendah dan dua (2) buah tadika KEMAS di mana anak-anak peneroka di sini mendapatkan pendidikan awal mereka.

Felda Chuping | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Chuping  terletak di  Chuping ,  Perlis ,  Malaysia  berhampiran dengan sempadan  Thailand . Tanah rancangan ini dikendalikan oleh agensi kerajaan,  Felda . Jenis tanah di sini sesuai ditanam dengan pokok  tebu . Pokok tebu Chuping terkenal kerana berkualiti di samping tebu di  Kuala Gula , Perak . Sekiranya bekalan gula tidak mencukupi untuk penduduk Malaysia, gula diimport dari  Filipina . Lebih 8,000 hektar ladang tebu di Chuping.Kilang Gula Felda Chuping membekalkan gula kepada seluruh penduduk di Malaysia. [1] Memproses tebu Sebelum pokok tebu ditebang, pokok tebu akan dibakar terlebih dahulu. Pokok tebu yang telah dibakar dan berwarna hitam ini sangat keras dan kering. Sebuah ladang tebu dibakar dalam tempoh beberapa jam sahaja. Pokok tebu ditebang dengan tenaga manusia dan kini dengan jentuai .Kemudian diangkut ke dalam lori dan dibawa ke kilang memproses gula di Chuping. Kilang ini milik bilioner Malaysia  Robert Kuok . Kebanyakan kilang gula di Malaysia dimono

Felda Kumai | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

FELDA Kumai  ialah salah satu  tanah rancangan   Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) yang terletak di Daerah  Bera ,  Pahang  Darul Makmur. FELDA Kumai terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Guai  dan berada kira-kira 25 km dari  Bandar Baru Bera . Bagi pengunjung yang datang dari Bandar Temerloh, mereka perlu melalui jalan Temerloh-Triang dan akan menemui satu simpang masuk di Bandar Baru Bera yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dengan menaiki kereta. Sejarah Felda Kumai mula diteroka seawal tahun 1979 dan mula diduduki sejumlah 450 buah keluarga dari seluruh Malaysia semenjak tahun 1980. [1] Nama Kumai ada yang mengatakan diambil daripada sejenis nama kayu balak dan ada juga yang mengaitkan dengan seekor gajah bernama Kumaini. [ perlu rujukan ] Tempat menarik FELDA Kumai mempunyai satu tempat pelancongan iaitu Air Terjun Bukit Bertangga, di Hutan Lipur Bukit Bertangga. Terdapat dua kawasan air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter dan

Felda Selasih | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Selasih  merupakan sebuah kampung yang terletakdi  daerah   Besut ,  Jerteh ,  Terengganu ,  Malaysia . Kampung tersebut merupakan sebuah kampung contoh di antara semua  FELDA  yang terletak di negeri Terengganu. Di samping kedudukan serta lokasi rumahnya yang tersusun serta sifat penduduknya yang saling tolong-menolong antara satu sama lain . Terdapat pelbagai kawasan yang menarik di Felda Selasih yang jarang diteroka iaitu air terjun yang menarik, kawasan hutan simpan yang mengandungi pelbagai khazanah alam, dan antara laluan masuk ke  Gunung Tebu .Jika pihak berwajib sedar dan tahu potensi kawasan-kawasan tersebut bagi menaiktaraf kepada kawasan tarikan pelancong dan riadah,pasti ianya setanding dengan kawasan rekreasi menarik yang lain seperti Hutan Lipur Lata Air Panas LA, Hutan Lipur Lata Belatan, dan sebagainya . Kampung yang berdekatan dengan Felda Selasih adalah Kampung Tok Dor,Kampung Anak Ikan,Kampung Bukit Jeruk,Kampung Renek,Kampung Anak Musang,Kampung Bintang

Felda Kemasul | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Kemasul  ialah salah satu tanah rancangan  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) yang terletak di daerah  Bentong ,  Pahang  Darul Makmur. FELDA Kemasul terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam parlimen Bentong dan berada kira-kira 65 km dari Bandar Bentong. Bagi pengunjung yang datang dari bandar Bentong, mereka perlu melalui jalan mancis-kuala pilah dan akan menemui satu simpang masuk yang mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dengan menaiki kereta. Manakala bagi mereka yang datang dari arah Temerloh, bolehlah melalui jalan Temerloh-Triang dengan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke sini. FELDA Kemasul terkenal sebagai salah satu kawasan yang banyak mengeluarkan buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, langsat dan durian di daerah Bentong. Biarpun berada di daerah Bentong, penduduk di sini lebih gemar berkunjung ke Bandar Triang yang terletak kira-kira 40 km dari sini. Sejarah Nama Kemasul ada yang mengatakan

Felda Sungai Sayong | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Felda Sungai Sayong  merupakan sebuah kampung terletak di daerah  Kota Tinggi ,  Johor ,  Malaysia . Ia terletak di dalam kawasan  Gugusan Taib Andak . Walaupun sesetengah tempat beralamatkan  Kulai , namun ia masih dibawah pentadbiran daerah  Kota Tinggi  dimana ianya terletak di dalam mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan ini terletak di dalam parlimen  Tenggara  dan dun Pasir Raja. Sejarah Nama Felda Sungai Sayong diperoleh daripada sebatang sungai iaitu Sungai Sayong yang terletak kira-kira 5 km daripada penempatan peneroka. Menurut sejarahnya, sungai tersebut pernah menjadi tempat laluan kapal pada zaman dahulu. Berdekatan sungai tersebut terdapat satu lokasi makam diraja iaitu Makam Tujuh. Felda Sungai Sayong mula didiami peneroka sekitar tahun 1968 dan tanaman yang diusahakan ialah kelapa sawitnya. Dikala itu selepas subuh majoriti para peneroka bergegas ke pejabat felda untuk "rokal" dan seterusnya ke destinasi masing-masing membuat kerja-kerja yang telah diara