Langkau ke kandungan utama

Gugusan Felda Jengka



                                                           (Gambar sekadar hiasan)
Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu TemerlohJerantut dan Maran. Dengan adanya tanah rancangan-tanah rancangan FELDA ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai oleh masyarakat Melayu seratus peratus iaitu Bandar Jengka. Bandar jengka adalah satu inspirasi bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak untuk mengujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Tapi kini Bandar Jengka tidak lagi dimonopoli oleh orang melayu sahaja, kerana di kawasan Jengka 15 terdapat satu deret kedai telah ditembusi oleh peniaga bukan melayu.
Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai kecil yang terdapat di sini iaitu sungai Jengka.[perlu rujukan]
Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25. Di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka. Oleh itu satu-satu Jengka itu dinamakan sebagai Jengka 1 (Anggerik), Jengka 2 (Cempaka), Jengka 3 (Dahlia), Jengka 4 (Kemboja), Jengka 5(Kekwa), Jengka 6 (Keembong), Jengka 7 (Kenanga), Jengka 8 (Kesidang), Jengka 9 (Kesumba), Jengka 10 (Mawar), Jengka 11 (Melati), Jengka 12 (Melor), Jengka 13 (Putri Malu), Jengka 14(Bunga Raya), Jengka 15 (Semarak), Jengka 16 (Sena), Jengka 17 (Seri Pagi), Jengka 18 (Seroja), Jengka 19 (Siantan), Jengka 20 (Tanjung), Jengka 21 (Teratai), Jengka 22 (Terkis), Jengka 23 (Tonkin), Jengka 24, dan Jengka 25. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.dalam kawasan jengka juga terdapat tanah rancangan felda yang tidak menggunakan nama jengka,kerana ia di tubuhkan lebih dahulu dari jengka itu sendiri.antaranya felda kampong awah 1963.felda ulu jempol 1965,felda sungai nerek 1967.
Setiap kawasan pertempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.

Asal Nama Jengka

Secara umumnya nama Jengka diambil daripada sebatang sungai yang mengalir di dalam kawasan Jengka iaitu Sungai Jengka. Terdapat dua pendapat yang menceritakan asal usul nama 'Jengka' iaitu:
Mitos 1 Diceritakan tinggal sepasang suami isteri Orang Asli yang tinggal di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.
Mitos 2 Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran Tok Batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantaran sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin kah?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

Penduduk

Sebagaimana di tanah rancangan Felda lain, penduduk jengka digelar peneroka felda manakala isteri mereka digelar penerokawati. Para peneroka datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka berasal daripada negeri-negeri utara seperti PerakPulau PinangKedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti JohorMelakaNegeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang. Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing. Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia.
Pada awal kedatangan penduduk Jengka, kawasan ini adalah hutan rimba yang dipenuhi dengan binatang buas. Pernah suatu ketika, di belakang rumah saya ada gajah melintas. Bayangkan saudara bagaimana agaknya keadaan masyarakat Jengka pada waktu itu. Jengka dibuka sekitar awal tahun 70'an, dan menurut ibu saya, Jengka ini kesemua masyarakatnya berasal dari pelbagai negeri. Kami sekeluarga berasal dari selangor dan jiran-jiran berasal dari pelbagai negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan lain-lain kecuali Sabah dan Sarawak.

Pelancongan

Terdapat beberapa destinasi menarik berhampiran kawasan Jengka, antaranya Pusat Latihan Pertanian Tun Abdur Razak (Tekam Plantation Resort) yang menawarkan pelancongan bertemakan pertanian, kompleks gua Kota Gelanggi, dan rangkaian gua-gua di Gunung Senyum. Berhampiran dengan Felda Ulu Jempol terdapat satu kawasan pelancongan berasaskan air terjun,kawasan ini diberi nama lubuk Yu. Kedinginan airnya dan kehijauan hutannya telah menarik ratusan pengunjung pada hujung minggu. Kedudukannya hanya 15km dari Bandar Jengka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600...

Felda Teloi Kanan Kedah

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak. Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Su...

Logo Felda dari awal penubuhan sehingga sekarang | Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Logo Felda dari tahun 1956 hingga 2017