Langkau ke kandungan utama

Felda Lurah Bilut





Lurah Bilut ialah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di BentongPahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.
Felda Lurah Bilut merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut kawasan asal penduduk yang datang. Contohnya penduduk yang berasal dari Pulau Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang. Kegiatan pertanian utama ialah penanaman getah dan kelapa sawit. Penduduk terdiri daripada kaum MelayuCina dan India.
Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut ialah Sekolah Wawasan pertama dan model dalam pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia


Muzium Felda

Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut pada 1958.
Muzium Felda itu sebelum ini ialah pejabat pentadbiran Felda Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar PahangDatuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Pendidikan

Pejabat pos

  • Pos Malaysia Bhd, Pejabat Pos, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Ladang Felda

  • Felda Lurah Bilut, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Felda Plantations Sdn Bhd, Pejabat Felda Plantations, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Koperasi Peneroka Felda Lurah Bilut, Petrol Pam Koperasi, 28800 Lurah Bilut, Pahang. Tel : 09-237 7578

Ternakan

  • Afzal Livestock Sdn Bhd,67A, Kampung Lebu, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Kilang papan

  • Cheong Sawmills Sdn Bhd, 28800 Lurah Bilut, Pahang
  • Tong Eng Soon Timber Sdn Bhd, 28800 Lurah Bilut, Pahang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Senarai Tanah Rancangan Felda |Media Komuniti Penduduk Felda SeMalaysia

Berikut ialah senarai tanah rancangan  FELDA  di seluruh Malaysia. Felda Wilayah  Segamat Bil Nama Rancangan Felda Nama Pengurus No Telefon No Fax 1. Felda Ayer Hitam Dzainal Bin Rahman 07-7596940 - 2. Felda Bukit Batu Md Rahim Bin Selamat 07-6511025 - 3. Felda Bukit Permai Zainal Bin Lateh 07-7511217 07-7511217 4. Felda Bukit Serampang Raya Bin Rahman 06-9776021 06-9776021 5. Felda Bukit Tongkat Mohd Razali Bin Mohd Yusof 07-7863359 07-7863359 6. Felda Chempelak Md Sallah Bin Ahmad 07-9236266 07-9236266 7. Felda Chemplak Barat Mohd Timyati Bin Sajiran 07-9236264 07-9236264 8. Felda Kahang Barat Mohamed Waffa Bin Wahid 07-7867188 07-7867188 9. Felda Kahang Timur Md Said Bin Ahmad 07-7866199 07-7866199 10. Felda Kemelah Shahadan Bin Awang 07-9451233 07-9451233 11. Felda Layang-layang Osman Bin Mohamad 07-7559170 07-7559170 12. Felda Lenga Samsubaha Bin Jantan 06-9711414 - 13. Felda Maokil 01 Kamarulzaman Bin Nordin 07-9191600 07-9191600...

Felda Teloi Kanan Kedah

Sebuah lagi rancangan felda telah diujud di utara tanah air.Negeri Kedah Darul Aman.Matlamat kerajaan mengujudkan Rancangan felda ini adalah dengan beberapa tujuan pada masa tersebut.Diantaranya ialah menaikan tahap sosial ekonomi orang Melayu.Memberi perluang kepada orang memiliki tanah,membina satu sistempenempatan yang bersistemmatik.dgn yang demikian memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta maklumat kepada rakyat.pada masa tersebut juga kerajaan menghadapi masaallah keselamatan,kerana pada masa itu pengganas kominis masih bermaharaja lela di kawasan hutan belantara.Dengan penebangan dan pembagunan tanah yang bersekala besar akan memudah dan mengecilkan pergerakan kominis pada masa itu.Mendidik satu masyarakat baru supaya berpendidikan tinggi.Pembagunan yang terancang pada masa itu terpaksa di susun oleh Perdana Menteri ketika itu ialah allahyarham Tun Hj Abdul Razak. Hampir 3000 hektar tanah terpaksa di buka di daerah Baling.lokasi bersempadanan Baling dan Kuala Muda(Su...

Felda Lubuk Merbau

Felda Lubok Merbau  adalah kawasan penanaman  getah  dan  kelapa sawit  yang terletak di  Kuala Nerang ,  Padang Terap ,  Kedah ,  Malaysia .  Merbau  ialah nama sejenis pokok liar yang banyak di kawasan ini terutama di sekitar  Sungai Muda . kampung ini telah ditadbir oleh pegawai  Felda . kampung ini dilengkapi dengan kemudahan dewan futsal, dewan badminton, masjid, dewan orang ramai, sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara kawasan berhampiran ialah Kampung nami, kampung danglau, Kampung Sungai Bakap, Kampung Jurong dan Kampung Baru Nami.Jarak kampung ini dengan pekan pendang adalah selama 30 minit perjalanan. Kawasan ini dahulu merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi tempat persembunyian  komunis   PKM . Pada 1964,  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  ( FELDA ) menjemput peneroka yang terdiri daripada penduduk miskin dan tidak bertanah di kawasan pendalaman. Pada 1968, seramai 178...